Perutusan Yang di-Pertua PSSCMUiTM
Ditulis oleh Administrator
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dengan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru kita,keramah dan hikmah kedua ibubapa kita, atasinisiatif yang telah diambil oleh pihak Jabatan Urusetia PSSCM UiTM,
maka serba sedikit maklumat tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
ini telah dapat dipaparkan melalui laman web ini.
Kepada para pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan terima kasih di
atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web Persatuan Seni
Silat Cekak Malaysia ini, semoga maklumat yang terkandung di dalamnya
dapat membantu semua untuk mengenali lebih lanjut tentang Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia atau secara ringkasnya PSSCM. Laman ini juga
adalah diharapkan dapat menjadikan warga Cekak sebagai warga yang
bermaklumat selaras dengan saranan pihak Kerajaan.
Dunia kini telah berubah dengan kehadiran pelbagai teknologi canggih
ciptaan manusia untuk kesenangan serta kemudahan kita jua. Namun harus
kita renungkan bahawa semua itu tidak akan terjadi tanpa kudrat serta
akal fikiran yang dikurniakan Ilahi. Maka sesungguhnya segala apa
ciptaan hebat manusia di dunia ini sebenarnya memperlihatkan kebesaran
serta kuasa Allah SWT. Justeru itu, gunakanlah akal kita dengan
sebaik-baik munafaat sebagaimana firman Allah di dalam
Al-Quranul-Karim, surah Ar-Ra'd ayat 3 yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
Akhir kata, saya amat berharap agar semua ahli PSSCM UiTM, khususnya,
dapat memanfaatkan laman web ini dengan sebaik-baiknya dan masyarakat
umum, amnya, dapat mengenali Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM
Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Sekian, Wassalam.



